Wednesday, December 30, 2009

GadisKu -part two-
























Mana-mana lelaki akan memulakan sesuatu dgn merendah diri
Sesungguhnya diriku juga sebegitu

Aku bukanlah seorang yang puitis
Yang pandai memainkan kata-kata
dan pandai memutar-belitkan ayat
Sebenarnya, memang kebanyakkannya adalah mmg dari hati

Ramai kaum perempuan mengatakan jgn percaya janji lelaki
Sesungguhnya janji-janji perempuan pun kena berhati-hati
Bukan mengatakan perempuan yg salah
Tetapi sama-sama salah
Tidak pandai hendak membaik pulihkan keadaan
masing-masing mahu tegakkan benang yg basah

Boleh kata semua salah diletakkan di bahu lelaki
Mmg sebegitu adanya kerana fitrah tuhan menjadikan lelaki ketua
tetapi ketua pun melakukan salah kerana kita semua manusia
mmg tidak terlepas dari segala kesilapan dan kesalahan
sbb itulah keluarnya kata-kata "setiap kejayaan seorg lelaki dibelakangnya perempuan"

Percayalah sesungguhnya hati ini milikmu Bukan untuk org lain
walaupun ramai yang memandang dan ramai yg memikat
Cinta hati ini hanya untukmu

Percayalah sesungguhnya diri ini kupercaya diciptakan untukmu
Sbb itulah segala perbuatanku hanya akan membuatkan diriku memikirkan mu
walaupun tidak ku katakan setiap saat ku mengingati dan merinduimu
Yakinlah padaku

Bukan ku mencari Fatimah
kerana diriku bukan Muhammad
Tidak ku mencari Zulaikha
kerana diriku bukan Yusuf
Yg ku pinta hanyalah kepercayaan dan keyakinanmu
bahawa suatu hari akan ku pimpin dirimu
ke pintu bahagia
ke pintu ketenangan
dan ke jalan yg benar
dan kau tahu bahawa masa itu sangatlah dekat

-madah untukmu khairunnisa-

No comments:

Post a Comment

Followers